ORANG ramai kini boleh menggunakan kemudahan terbaru menerusi MyKad apabila sebuah syarikat tempatan iaitu Affiliate Junction memperkenalkan program MyKad Smart Shopper (MSS) yang memberikan rebat tunai dan pelbagai faedah lain kepada pengguna apabila membeli-belah di premis perniagaan terpilih.
Pengarah Eksekutif I-Sybergy Universal Sdn Bhd dan Pemilik Affiliate Junction, Lawrence Teo berkata, sokongan padu daripada Multimedia Development Corporation Bhd (MDeC) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membolehkan pihaknya memperkenalkan program MSS kepada seluruh warga Malaysia.
“Ia juga menjadikan warga Malaysia pengguna bijak kerana melalui program ini mereka akan mendapat rebat tunai dan pelbagai faedah lain apabila membeli-belah di premis peniaga yang berdaftar dengan kami,”
Majlis merasmikan program MyKad Smart Shopper itu turut dihadiri Pengarah Projek Kad Pintar, JPN, Siti Rohani Muhamad Yusup, Pengarah Pegawai Operasi Koperasi MDeC, Ng Wan Peng dan Ketua Bahagian Kad Pintar Pelbagai Guna, Bahagian Sosio Ekonomi MDeC, Abdul Jalil Shukor.*Hubungi saya sebagai wakil Affiliate Junction untuk aktifkan MYKAD anda.











0 sila komen dsini:
Catat Ulasan