TQVM pd kekawan yg sudi ikut blog Ayu.

Rabu, 30 September 2009

Kad Raya Ayu

Salam Lebaran untuk semua...

Mohon Maaf jika ada keterlanjuran bahasa & perlakuan. Semoga Lebaran kali ini memberi makna utk anda skeluarga.
Maaf Zahir Batin dr Ayu, Wan, Akmal & Dekya.

** berhati hati di jalan raya...ingatlah orang2 tersayang, smg sampai ke destinasi bhari raya dgn selamat dan bergembira bsama keluarga tsayang.**
Sudi2 lah copy & paste kad raya ku yg tak seberapa ni yek...

Selasa, 29 September 2009

Raya 2009 kami...

hasil collections....hehehehe...

wah dah seminggu lbh kt semua braya... area taman perumahan aku dah nak start marhaban.
thn ni aku ngan family kureng bgambo kenangan, lg plak hubby tak minat bgambo2.
ptg raya hrtu aku mmg dah sampai umah mertua, tak jauh sebenarnye pun tp bwk beg bkn main lg mcm kg kat belah utara...dr ptg tu sampai ke mlm dah start buat psiapan utk memasak juadah pagi raya...akmal ngan dekya plak sibuk main bga api.

Pagi raya lps solat sunat mcm uols gak akan bsalam2an...bmaaf2an...anak2 plak syok sakan dpt duit rayer..lps makan aku trus ke kubur arwah bapak aku, fisrt time bwk akmal ngan dekya ziarah kubur atuk hussien. comel jek tadah tangan ms bc doa...
mcm biasa kat umah mak aku jam 12 mkn lg...abg ipar aku wat lemang blauk rendang....
dah bsalaman rayer kitorg dok rilek2 sblum braya ke umah pak cik aku.


Raya ke2 plak konvoi ngan family mertua ke kota tinggi...braya sakan anak2 aku. lewat mlm gak sampai umah...raya ke3 brayer area bdr jb jek. raya ke4 ke arah Muar & bt pahat... raya ke 5 dah kepenatan...ingt nak berehat kat umah. skali jek kena serbu ngan kekwn hubby. aku msak kan diaorg mee kari...ala2 mini open house sampai pkul 2am.....lg pun ada yg dr Muar.
lama x jumpa sejak aku tak ikut hubby wat biz tu yg borak2 pjg.
sambil2 ni aku upload gambo2 yg tak seberapa...anak2 je lah
Selamat hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin dr kami 2 bradik...






Jumaat, 25 September 2009

kaletah anak2 d hari raya....

Raya kali ni Dekya bertudung...
Tak byk posing....penat....ni ajelah yg ada. nanti upload lg.







































Selasa, 22 September 2009

Menu terakhir buka pose thn ni...

Mlm 19hb 09 mlm raya, mlm tu jugalah menu terakhir buka pose thn ni d rumah mertua.



sblum ke rumah mertua aku n hubby ngemas rumah sdiri dulu...tp takde lah yg speacial, biasa lah sapu2, lap2...ngemas baju utk beraya nanti. pdhal umah mak ngan mertua taklah jauh sgt tp beg & brg2 yg nak d bwk mcm kg tu jauh sgt...tak sampai stgh jam pun sebenarnye.



















Ptg tu aku cuma bakar ikan jek. mak mertua aku plak msk sambal pedal ayam....hubby dr awal pose cari lauk siput sedut msk cili api akhirnye beli kat bazar...
utk pemanis mulut lak ada kek coklat. mmmm sedap. peberet Akmal ngan papa dia tu.





Mlm tu gak Akmal sibuk nak main bunga api melalak bagai nak ape. Pak Busu dia juga lah yg melayan...ms tu aku ngah sibuk isi beras ketupat x meyempat nak layan karenah dia, sian dia...
ni aje lah kenangan mlm raya yg aku ingt....tak silap mlm tu jam 3am aku bru tido. ngantuk nyeee....












Khamis, 17 September 2009

Last Minit Shopping 'ghayer'..


Mmmm smlm g jalan2 anak branak.. kira last minit kot rasanye smua org dah bshopping utk rayer yg tgl bp hr je lg. takde lah shopping sakan, just utk anak2 je......seronok rasa tgk diaorg happy. sehari sblum nak jalan2 ni hubby dah bg warning kat Akmal & Dekya. diorg ni kena sporting & x wat ragam ms nak beli brg2 diaorg. biasa ar bdk2 kan mane geti diam ada jek ragam yg dbuatnye, x kira lah kat umah sdiri ke umah org ke.....aku sbgi mama mmg dah faham dgn anak2 sdiri...tp kat tempat awam plak bila dgr bebdk menangis ke...tpekik ke... mulah lah smua nye pandang. hehehe....tension jek. Alhamdulilah spjg bjln smlm Akmal & Dekya mmg sporting.. dalam kete siap tido. sempat lah gak aku singgah Butik Ariani cuci2 mata tgk tudung...kat Jakel plak tgh galak mjual carpet & tikar buluh. bleh tahan murah2 gak. G Jusco Bukit Indah...besau nye. rasa nye klau nak round situ sampai mlm...





Lastly aku & hubby wat keputusan g Angsana...dah biasa tiap2 thn klau nak dkt raya mesti ke sna. meriah sakan org2 bshopping kat Angsana.dpt cuci mata kat Butik Hajaba gak. tp oleh sbb ramai org tak sempat lak aku nak 'menyenap' telatah Akmal ngan Dekya yg bsemangat ms pilih2 kasut...baju memasing. Sempat gak aku beli kan baju utk anak buahku si baby Alisha...tu je lah yg dpt mama Ayu bagi sempena nak rayer ni..hrp2 ok ar....


Tak sempat g restoran mane2 ktorg bbuka pose kat Mc'd jek. Bebdk mmg suka jek sambil2 tu bleh main gelungsur.... dah penat meround kitorg pun gerak blik. ngantuk je..sedar2 sampai umah 11.30mlm...laa patut lah ngantuk. tak hbs kat situ msuk umah jek Akmal ngan Dekya pun sibuk2 lah menge'test' kasut memasing.
hai tak myempat2 tido pun bwk kasut letak kat hjg katil....
Ingtkan setakat tu jek, bgun tido jek memsg berebut amik sdri punye...berebut nak pakai.
Begitulah ragam anak2ku.

Isnin, 14 September 2009

Kemalasan melanda..

Hr ni dah 24 Ramadhan...hai kemalasan mula melanda, hehehe...
malas nak masak.

nsb bek hubby memahami. walaupun mmg tiap2 ptg ktorg g bazar beli kuih muih tp ptg td aku beli nasi ambang. mmmm sedap sambal ayam nyeeee.

klau hr2 biasa time penyakit malas ni dtg ktorg g mkn KFC tp bln pose ni mcm x bp kenyang plak setakat mkn ayam jek. Klau Akmal ngan Dekya mmg suka g KFC... 'peberet' diorg. siap mkn jek main gelongsur yg ada kat situ.

sambil jln2 kat bazar td ada peniaga kuih menjerit mpromosi kuih jualan. aku tertarik plak dgn popia basah yg di promote...try ar beli singgit. amboi sedap rupanye.. mmmm nanti nak beli lg ar. sbb ms mgu ptama pose dulu aku ada beli popia basah tp 'kureng' sikit sbb byk sgt sayur. tp yg kali ni lain sikit... nampak gaya bebdk ni dah ngantuk, nak kena teman diorg tido dulu. Hubby plak nak smbg wat keje ...
k lah selamat menjalani ibadah puasa yg tgl lg beberapa hari ni.....nak raya dah.....

Ahad, 13 September 2009

" aah betul ..betul.. betul"



Haaa ni maybe movie yg dah basi arrr. hehehe maksud aku dah lama d tayangkan d pawagam, bulan Februari lps. mmg ada bwk Akmal g tgk skali pun dulu cuma Dekya jek tak d bwk ms tu kecik lg.Nak d jd kan cite smlm g ar Econsave, si Bujang aku ni bleh perasan plak DVD cite ni. aku & hubby pun mmg dh lama tgu nak tgk lg melalui DVD....
Dekya pun suka...sepjg pjalanan blik dia jek yg pegang DVD tu. sampai umah jek trus buka sampai tetido, bgun tido bukak lg sempat g bazar ramadhan. dah lps maghrib sambg lg...aik asyik ulang tayang aje ar. aku lak layan kan aje asalkan tak memekak. huhuhu tp cite nye mmg best tak jemu tp tak tau lah klau dah 3 hr bturut asik tgk jek sampai nak tmuntah gamaknye... begitu lah ragam anak2 ku.

Hr ni sunyi sikit Akmal ikut atuk ngan nenek g shoping, smlm dia dah standby tido sna. kebetulan adik ipar aku eksiden plak jatuh motor..si bujang aku ni plak sampai je umah nenek dia bleh sound 'ape lah pak busu ni bwk motor pun nak drift'...heheheh ape plak motor bleh drift ekk.. hai mudah2an cpt lah sembuh dah dkt nak raya ni.wokey lah nak smbg kemas umah plak ni.........

Ahad, 6 September 2009

2 mgu dah bpuasa

Diam x diam dah 2 mgu bpose.Makna nye raya dah nak dkat. huhuu mak aku pun dah semgu bpose bsama aku, hubby & anak2. tghr ni hubby ada pbentangan IS Entrepreneur d Hotel Selesa Jb so ktorg trus ke umah akak aku so bbuka d sna. secara x langsung mak aku balik...mmmmm sunyi lg lah aku.dan selama 2 mgu lps aku mmg masak sendiri cuma hr ptama pose je ar hubby belanja nasi beriani gam. sodappp tp klau kuih muih ktorg beli lgpun setakat singgit 3 ....tu pun kekedg x hbs. Akmal ngan Dekya pun bleh thn klau g bazar, diorg pun dah pandai nak kuih yg diorg bkenan.

Ptg smlm aku pilih puding roti..ok arr bleh thn sdp. hubby plak kuih lopes..Dekya plah biasa arr selalu klau x donat dia pilih karipap...Akmal plak pilih air warna biru + lemon. tu pun pjalanan balik melalak nak ice cream. mengalah kan org yg bpose. hehehe.Utk lauk plak smlm aku msk kari ayam kampung, hubby mmg suka mkn ayam kg. 3 hr lps ayam kg aku msk kicap. Asyik mkn ayam bdr jek skali skala try ar ayam kg. hehehe... ok lah nanti sambung lg, nak bsiap g umah akak aku, kang tlambat plak hubby.

Jumaat, 4 September 2009

Bahaya nye..... H1N1

Salam...semlm aku ada dpt email mengenai H1N1. so sama2lah kita kongsi, wallahualam. (tapi 'saya' di dlm petikan d bwh ini bkn aku...)

Mungkin sekarang tengah heboh tentang Influenza A H1N1 yang sedang melanda dunia.Di Malaysia sahaja, jumlah kematian lebih dari 60 org, hampir 2000 dijangkiti. Di seluruh dunia pula lebih kurang 180 ribu dijangkiti dengan jumlah kematian lebih dari 1500 org. Jadi pbagai psoalan yang timbul akibat jangkitan ini.Saya telah bbicara dgn beberapa Ustaz dan Doktor Muslim bkaitan Jangkitan ini. Ada beberapa pkara menarik yg saya ingin sentuhkan di sini melalui perbualan yg telah tjadi.

1.H1N1 adalah penyakit CIPTAAN GENETIK (SENJATA BIOLOGI) Bila salah seorang sahabat saya seorang doktor berkata demikian, saya sendiri tpegun dan tertanya-tanya....betul ker? Dan dia mberi satu alasan yg tdk dapat saya tolak kemungkinannya.1.. Mula2 dikatakan jangkitan ini dari ladang babi di Mexico, dan dinamakan SWINE FLU ( SELSEMA BABI), kemudian perkataan itu ditarik balik dan dinamakan Influenza A H1N1. Kini, pihak WHO mengadakan ianya bukan dari babi, tetapi dari satu jangkitan yg tidak diketahui dari mana dtgnya. kemungkinan besar adalah mutate dari semua jenis penyakit yg dibawa oleh babi. Tiada kepastian yg dpt diberi dari mana dtgnya penyakit ini. Soalannya dari mana ia dtg?

2.. Jangkitan ini mempunyai masa pemusnah yang hampir tepat...maksud saya ialah, jangkitan pertama dalam 3 hari, jika tiada rawatan dalam 7 hari mangsa akan mati!!! Satu lagi perkara yg memeningkan kepala ialah ketepatan masa yg diberi untuk MATI!!! Sedangkan kita sendiri tahu, penyakit yang lebih berbahaya seperti AIDS, EBOLA, SARS dan lain2, pesakit juga akan mati....tetapi bukan dalam masa yang terancang seperti ini.

3.. Bagaimana sesuatu penyakit yg baru tjadi, pihak terlibat boleh mencipta vaksin dalam masa yg sekejap? Sekarang sebanyak 1800 sukarelawan sedang mencuba sejenis vaksin yang dicipta TAK SAMPAI satu bulan virus ini tersebar. Harga jualan vaksin ini pula.......kita pun tdk tahu, tp kenapa WHO menyatakan bahawa sebanyak US60b diperlukan, kemana duit itu pergi?

4.. rakan saya juga berkata, ada pihak yg mengaut keuntungan dari penyakit ini sebab ubatnya memang telah ada, tetapi dibiarkan terlebih dahulu supaya lebih ramai pengidapnya & lebih byk wang yg masuk. UBATNYA TELAH ADA, jika betul mereka ini cekap, kenapa masih tiada vaksin untuk AIDS, Vaksin untuk SARS? Kita terus memandang tinggi manusia yg mencipta vaksin ini. (mcm prof. Klon dlm cite Cicakman plak...heheheh)

5.. Yg penting dari perbualan kami tadi ialah......apa kata jika virus ini digunakan dalam peperangan oleh orang KAFIR menentang ISLAM?... yg pastinya mereka tidak perlu mengangkat senjata, Cuma sebarkan sahaja penyakit ini......tunggu.....dan dlm masa tak sampai sebulan mencapai kemenangan!!! Dan kemudian pihak KAFIR mengatakan "PIHAK KAMI MENANG TANPA MENGANGKAT SENJATA, DAN DALAM MASA YANG SAMA KAMI SEDIA MEMBANTU MUSUH KAMI YANG DIJANGKITI!."..... so... apa yang ada dpt dari ayat ini?, macam biasa dengar di IRAQ & AFGHANISTAN kan?

6. H1N1 adalah sejenis ASAP NERAKA yg diturunkan kepada MANUSIA. Perkara ini juga tdk dpt saya nafikan atau tolak kemungkinannya.Pendapat ini diberi oleh seorang ustaz ketika perbualan tadi. Banyak dalil yg disertakan, Cuma yg ingin saya sentuh ialah dlm Al-Quran sendiri ada menyatakan yg ALLAH S.W.T telah mjatuhkan pelbagai penyakit kepada kaum2 terdahulu kerana menolak dakwah Nabi & Rasul NYA. Kemungkinan salah satu penyakit itu adalah H1N1. Kita pula?........Persoalan kedua yg di timbulkan oleh Ustaz ini pula menarik perhatian saya........ Kalau API, lawannya AIR, Kalau HIDUP Lawannya MATI, kalau SIHAT lawannya SAKIT.......tapi kalau ASAP......apa lawannya? Mari kita fikir bersama dan mungkin kita boleh refer pada yang arif tentang perkara ini. Lawan asap mesti ada, sebab telah dinyatakan yg ianya adalah ASAP NERAKA untuk manusia....wallahhualam...

7. PENCEGAHAN UNTUK H1N1 (BUKAN RAWATAN) Ini sebenarnya yang saya ingin maklumkan kepada semua. Harap disebarkan kepada semua rakan Muslim kita. Kebanyak kes kematian di MALAYSIA boleh dikatakan (walaupun tiada pihak mengesahkan) ialah 80% orang MELAYU beragama ISLAM. Sedangkan penyakitnya jika betul adalah dari BABI, adakah Melayu Islam ada kaitan terus dengan BABI? Kenapa? Sebenarnya ubat pencegah penyakit ini telah diamalkan oleh bangsa lain dari tanpa memberitahu kepada kita. Kalau ada sesiapa mendengar RADIO IKIM pada Isnin 16hb Ogos pasti tahu jawapannya. Ceramah H1N1 disampaikan oleh seorang Ustaz di radio tersebut. PENCEGAHAN H1N1 ADALAH BAWANG PUTIH!!!!! Terkejut???.... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya juga terkejut bila mengetahuinya. Dan yg lebih menarik ianya diakui oleh rakan Doktor ketika saya berbual tadi.

*.. Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.

*.. Bawang putih digunakan dlm ubat-ubatan pencegah selsema, anti-astimin (kira semua ubat berkaitan dengan paru2) jangkitan H1N1 kat paru-parukan?

*.. Bawang putih adalah anti penularan penyakit..... tak caya.... kalau kena bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi, adakah dia akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.

*.. Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dlm air panas, kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala. Kalau bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dlm minyak dan sapu kat tempat bengkak tadi..... mujarabkan? Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan dari kita.Saya ambil contoh disini....... kalau anda pernah nampak bangsa asing memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih dimasukkan. Kalau rancangan masakkan luar negara, kenapa bawang putih adalah salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya

1.. Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya, hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah

2.. Perbanyakan penggunaan bawang putih dalam masakan

3.. Ambil tablet atau kapsul bawang putih yang dijual di farmasi di seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa ianya dijualkan.

4.. dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya......Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap pohon ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la saman saya. Tak salah kita mencubanya.

InsyaAllah. Tolong Sebarkan..semoga Allah merestui kita....amin.


Khamis, 3 September 2009

Fuh..suspen jap aku

haaa... padan ngan muka aku. gatal tangan nak touch up blog ni, kononnye nak download templete baru. skali jek hilang smua yg aku dah buat dulu. gelabah giler...mcm nak nangis pun ada. dah le x geti sgt. hubby plak ketawa kan aku. huuwaaaa tension tau tp dgn berkat kesabaran aku carik blik ape punca sampai hilang semua, godeh2 & carik2 alhamdulilah jumpa. huhhuuuu.... taubat taknak buat lg. dahtu aku suka tgk blog org cantek2 tu yg gatal tgn nak wat gak. fuhhh lega rasa bila dah jumpa balik ni. bleh lah tido ngan lena... ZZZZzzzzzz........

hai kekawan mama...tq